STRATEGI

Strategi Best Buat Bisnes Di Shopee Yang Ramai Tak Tahu

Mereka yang nak buat bisnes di Shopee ni ada ramai. Tapi tak ramai sebenarnya tahu strategi-strategi yang perlu disusun untuk dapatkan income yang steady di Shopee ni.
Perkara pertama yang mungkin menjadi tanda tanya ramai yang lain nak buat bisnes Shopee ni adalah..Nak Jual Apa?
Jangan risau…
Ada dua strategi utama sebenarnya untuk buat duit di Shopee ni…

Apa 2 Strategi Bisnes Di Shopee Ni?

1.Jual Barang Sendiri Di Shopee Anda Tentukan Keuntungan

Bisnes di Shopee ni ada dua jenis, iaitu sama ada anda menjual produk yang anda ada sendiri, dan poskan sendiri kepada pelanggan.
Jadi keuntungan anda yang tentukan berapa termasuk modal. Cuma mungkin banyak la juga kerja nak dibuat pada permulaan untuk mendapatkan stok.
Contoh paling mudah, anda borong barang dari China, dan jual dengan harga untung di Shopee dengan kadar keuntungan yang anda telah kira sendiri.

2.Dropship Barang Orang Lain, Untung Ditentukan Oleh Dropshipper

Cara ini sebenarnya paling popular dan tidak banyak kerja. Anda hanya pastikan ada sales dan semuanya diuruskan oleh pihak dropshipper.
Walaupun cara ini bagus, tetapi anda perlukan modal bergantung kepada harga kos item tersebut sebelum payment anda dilepaskan oleh Shopee setelah pembeli menerima barang mereka.
Jika tidak anda tidak boleh order barang daripada dropshipper anda untuk dihantar kepada pelanggan yang telah order.
Masalah timbul apabila anda tidak tahu bilangan stok yang tinggal dan jika habis, anda tidak dapat lagi menjual. Tambah lagi masalah apabila dropshipper itu tak hantar pun barang kepada pelanggan.
Kerugian anda akan tanggung sepenuhnya. Tiada kawalan terhadap stok barangan.

Apa Barang Best Nak Jual Di Shopee?

Nafsu membeli barang di Shopee ni bergantung kepada keperluan sebenarnya. Golongan lelaki lebih suka kepada aksesori kereta, perempuan suka kepada aksesori pakaian dan sebagainya.
Jadikan penyebab ini sebagai satu idea untuk anda lakukan survey untuk dapatkan idea barangan apa yang mudah untuk dijual di Shopee.

No comments:

Post a Comment